Thursday, October 14, 2010

PROJEK KERAJAAN - PUNB

PROJEK OLEH KERAJAAN
Kerajaan Malaysia sangat perihatin dalam usaha pembangunan usahawan. Sekarang kami akan kemaskini beberapa projek yang disediakan. Kita bermula dengan PUNB dulu.

PUNB
Fokus utama operasi PUNB ialah menyediakan pakej keusahawanan bersepadu untuk membangun usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan PKS. Ini selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang progresif.

SEKTOR PERINCITAN
Dapatkan maklumat skim PROSPER Runcit, PROSPER Siswazah dan Pemborong PROSPER, pakej-pakej peruncitan dan pemborong yang menarik untuk memenuhi impian anda memiliki perniagaan sendiri.

SEKTOR PKS
Ketahui bagaimana usahawan PKS dapat membangun dan mengembang perniagaan mereka melalui pakej pembiayaan kami yang kompetitif dengan perkhidmatan sokongan perniagaan bernilai tambah.

HUBUNGAN
http://www.punb.com.my/

Alamat:
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentra 5,
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral,
50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515

PUSAT KHIDMAT PELANGGAN
Bebas Tol: 1300-13-7862 (PUNB)

Tuesday, March 31, 2009

PROGRAM BANTUAN KEWANGAN & BANTUAN PERKHIDMATAN SOKONGAN PERNIAGAAN

Assalamualaikum Sdr Sdri penganggur,

Saorang rakan saya (bukan yang selalu bagi cerita pada saya tu) memberitahu bahawa ramai orang yang tidak tahu berkenaan pinjaman pinjaman dan lain-lain tawaran dari kerajaan Malaysia. Oleh itu, saya siarkan di sini berkenaan program kerajaan. Laman web mereka ada di penghujung artikle ini.

Program Kerajaan

Program-program berikut boleh dibahagi dua, di antara "Bantuan Kewangan" atau "Perkhidmatan Sokongan Perniagaan".

Bantuan Kewangan

Jenis-jenis Bantuan Kewangan
Bantuan Kewangan untuk Kegunaan Yang Tertentu
Bantuan Kewangan dari Kementerian dan Agensi Kerajaan

Kementerian
Agensi
Ini semua saya petik dari Lama Web SME Info, yang boleh dicapai di sini. Pergilah lihat dan jangan kata tak tahu lagi apa yang ditawarkan.

PROGRAM PEMBANGUNAN 1,000 USAHAWAN TEKNO

Sementara itu, jangan lupa pergi tengok juga apa yang ditawarkan oleh MalaysiaHalalMall.com sedang membangunkan 1,000 usahawan tekno. Yang dicari adalah bakal graduan yang sedang belajar di IPTA dan IPTS dan juga graduan menganggur. Mereka akan memberi latihan dan pekej e-dagang yang sedia dengan produk-produknya sekali untuk dijual melalui projek e-dagang. Check it out.


Friday, March 27, 2009

Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)

Assalamualaikum Sdr Sdri penganggur,

Berikut saya siarkan petikan dari Soalan Lazim berkenaan Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM). Laman web mereka ada di penghujung artikle ini.

Soalan-Soalan Lazim

i)
Soalan 1

Apa itu Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)


Jawapan 1


Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan.



ii) Soalan 2

Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?


Jawapan 2

Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.


iii) Soalan 3

Berapa had bantuan?


Jawapan 3

Bantuan sebanyak RM3,000.00



iv) Soalan 4

Bentuk bantuan yang macam mana?


Jawapan 4

Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 2/2009 yang boleh dicetak melalui portal ini.


v) Soalan 5

Bagaimana nak dapatkan bantuan?


Jawapan 5

Isi borang permohonan dan kemukakan bersama sebutharga bagi pembelian barangan kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah yang berhampiran dimana projek beroperasi.


vi) Soalan 6

Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?


Jawapan 6

Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam.


vii) Soalan 7

Skim ini untuk bumiputra sahajakah?

Jawapan 7

Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.

Halaman ini dipetik dari laman web Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB).


MALAYSIA HALAL MALL.COM
Sementara itu, jangan lupa pergi tengok juga apa yang ditawarkan oleh MalaysiaHalalMall.com sedang membangunkan 1,000 usahawan tekno. Yang dicari adalah bakal graduan yang sedang belajar di IPTA dan IPTS dan juga graduan menganggur. Mereka akan memberi latihan dan pekej e-dagang yang sedia dengan produk-produknya sekali untuk dijual melalui projek e-dagang. Check it out.

Thursday, March 26, 2009

PINJAMAN AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia)

Assalamualaikum Sdr Sdri penganggur,

Seorang rakan saya (rakan yang sama cerita TEKUN) memberitahu bahawa masih ada ramai orang yang tidak tahu berkenaan pinjaman AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia). Oleh itu, saya siarkan di sini berkenaan Tabung ini. Laman web mereka ada di penghujung artikle ini.

KORPORAT
  • Bila dan mengapa AIM ditubuhkan?

    Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian BERDAFTAR dengan Kementerian Kehakiman Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

    AIM ditubuhkan untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar kepada isi rumah miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan.
    Sejarah AIM.

  • Berapakah jumlah cawangan AIM?

    AIM mempunyai lapan (8) wilayah dengan 68 cawangan di seluruh Malaysia.
    Cawangan AIM.

  • Di mana Ibu Pejabat AIM?

    IBU PEJABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
    No. 2 & 4, Plaza Damansara, Medan Setia 2, Bukit Damansara,50490 Kuala Lumpur
    Tel: 03-20940797 Faks: 03-20951889
    Peta Ibu Pejabat.


  • Mengapakah AIM berbeza daripada institusi kewangan yang lain?

    AIM berbeza daripada Institut Kewangan yang lain kerana AIM menawarkan pinjaman kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa kerajaan dengan menyertai Sahabat AIM.
SAHABAT AIM
  • Siapakah yang boleh memohon?

    Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada garis kemiskinan semasa kerajaan iaitu RM 661 sebulan (RM 152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM 765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM 888 sebulan (RM 173 perkapita) bagi Sabah.
    Syarat-syarat kelayakan menjadi Sahabat AIM

  • Apakah manfaat menjadi Sahabat?

    Peluang membuat pinjaman dengan AIM bagi golongan yang berpendapatan rendah. Sahabat dapat menikmati peningkatan pendapatan isi rumah bulanan sekaligus dapat memperbaiki taraf hidup keluarga dengan menjalankan aktiviti ekonomi yang mendapat pulangan menguntungkan.

  • Berapakah jumlah bayaran minimum untuk menjadi Sahabat?

    Tiada sebarang bayaran dikenakan
PRODUK PEMBIAYAAN
  • Apakah produk pembiayaan yang ditawarkan?

    Terdapat empat (4) produk pembiayaan utama yang ditawarkan iaitu Ikhtiar Rezeki, Ikhtiar Bistari, Ikhtiar Sejahtera dan Ikhtiar Penyayang
    Produk Pembiayaan

  • Berapakah jumlah maksimum yang boleh dipohon?

    Jumlah maksimum yang boleh dipohon ialah sehingga RM50,000 bergantung kepada jenis produk

  • Berapakah kadar caj pengurusan yang ditetapkan?

    10% untuk semua jenis pinjaman.

  • Adakah penjamin diperlukan?

    Tiada penjamin diperlukan.

  • Berapakah tempoh bayaran balik?

    Maksimum sehingga lima (5) tahun bergantung kepada jenis produk.

  • Siapakah yang patut dihubungi untuk sebarang pertanyaan?

    Unit Komunikasi Korporat
    IBU PEJABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
    No. 2 & 4, Plaza Damansara, Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
    Tel: 03-20940797 Faks: 03-20951889
Halaman ini dipetik dari laman web AIM.


Sementara itu, jangan lupa pergi tengok juga apa yang ditawarkan oleh MalaysiaHalalMall.com sedang membangunkan 1,000 usahawan tekno. Yang dicari adalah bakal graduan yang sedang belajar di IPTA dan IPTS dan juga graduan menganggur. Mereka akan memberi latihan dan pekej e-dagang yang sedia dengan produk-produknya sekali untuk dijual melalui projek e-dagang. Check it out.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN TEKUN

Assalamualaikum Sdr Sdri Penganggur

Saya dah terlupa memberi link kepada laman web TEKUN semasa membuat post yang lalu. Jadi saya berilah di sini - lihat di penghujung post ini.

Sementara itu, saya sertakan Syarat-Syarat Pembiayaan TEKUN supaya anda dapat menilai samada inkah yang anda perlukan. Jika ya, pergilah ke laman web TEKUN. Selamat berniaga.


SYARAT SYARAT PEMBIAYAAN
Pembiayaan TEKUN

Konsep Pembiayaan TEKUN
Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah.

Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan adalah dari RM 500.00 sehingga RM 50,000.00.

Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah antara 1 bulan hingga 5 tahun.

Cara Bayaran Balik
Para usahawan / peminjam boleh membuat bayaran balik pinjaman kepada TEKUN menerusi kaedah yang disediakan.

Caj Perkhidmatan
Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 4%.

Syarat Kelayakan Asas
  1. Bumiputera dan berumur 18 - 65 tahun.
  2. Mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  3. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pembiayaan di bawah RM5,000.00 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ] ).
  4. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak ( mobile ).
  5. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan. ( Pembiayaan sehingga RM10,000.00 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan ).
  6. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000.
Dokumen Diperlukan
  1. Borang Permohonan JPP2 yang lengkap diisi.
  2. Gambar pemohon ukuran pasport ( 2 keping).
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  4. Salinan lesen / permit / pendaftaran perniagaan yang sah.
  5. Gambar premis / tempat perniagaan ( jika perlu ).
  6. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  7. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  8. Salinan salah satu bil utiliti bagi premis/ rumah. Salinan perjanjian sewa/ surat kebenaran penyewaan premis ( Sekiranya premis disewa )..

BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT CAWANGAN TEKUN YANG BERDEKATAN DENGAN KEDIAMAN / PREMIS / LOKASI PERNIAGAAN.

Bidang-bidang Perniagaan

Bidang-bidang perniagaan / usaha niaga yang boleh diceburi oleh para usahawan adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan
  • Pelancongan / Rekreasi
  • Pemborongan
  • Pembinaan
  • Penternakan dan Akuakultur
  • Pertanian
  • Pengangkutan
  • Pendidikan
  • Peruncitan & Perdagangan
  • Pembuatan
Halaman ini dipetik dari laman web TEKUN.

Sementara itu, jangan lupa pergi tengok juga apa yang ditawarkan oleh MalaysiaHalalMall.com sedang membangunkan 1,000 usahawan tekno. Yang dicari adalah bakal graduan yang sedang belajar di IPTA dan IPTS dan juga graduan menganggur. Mereka akan memberi latihan dan pekej e-dagang yang sedia dengan produk-produknya sekali untuk dijual melalui projek e-dagang. Check it out.

Wednesday, March 25, 2009

google09db428c8ca9086e.html

IKLAN UNTUK DUNIA KITA - EARTH HOUR


Assalamualaikum Sdr Sdri Penganggur

Maaf kerana kali ini saya akan menyiarkan suatu iklan - iklan untuk menyelamatkan dunia kita - iaitu projek Earth Hour.

Pada 28 Mac 2009 ini, semua kita di Malaysia boleh menunjukkan sokongan kita kepada projek ini dengan memadamkan lampu di rumah atau kedai atau pejabat atau bangunan masing-masing selama satu jam pada jam 8.30 hingga 9.30 malam.

Saya dah beli lilin dan bateri untuk lantern saya, supaya dapat meraikan kegelapan ini dengan bersiar-siar di luar rumah dengan sedikit makanan.

Anda nak buat apa pada malam itu? 3 hari saja lagi - fikirkan sesuatu yang kreatif dan beritau kami semua apa yang anda lakukan.

Ini petikan dari laman web earth hour:


In December 2009, world leaders will meet in Copenhagen to agree on a post-Kyoto policy for tackling climate change. One billion people voting with their light switch during Earth Hour will create a powerful mandate for our leaders to take strong and decisive action on climate change in Copenhagen.

Earth Hour is asking bloggers to help spread the word about the importance of turning your lights out for one hour at 8.30pm on March 28.

Vote Earth For Earth Hour
With the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote, Vote Earth is a global call to action for every individual, every business and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet.


Sementara itu, jangan lupa pergi tengok juga apa yang ditawarkan oleh MalaysiaHalalMall.com sedang membangunkan 1,000 usahawan tekno. Yang dicari adalah bakal graduan yang sedang belajar di IPTA dan IPTS dan juga graduan menganggur. Mereka akan memberi latihan dan pekej e-dagang yang sedia dengan produk-produknya sekali untuk dijual melalui projek e-dagang. Check it out.