Sunday, March 22, 2009

Siapa Itu Penganggur?

Assalamualaikum saudara saudari sekelian,

Terdapat dua pendapat terhadap pengangguran, iaitu pendapat "Keynesian" dan pendapat "Klasik." Pendapat "Keynesian" menyatakan pengangguran ialah kelebihan pekerja akibat dari kegagalan koordinasi dalam ekonomi pasaran, sementara pendapat "Klasik" pula menyatakan pengangguran disebabkan oleh mereka yang sedang mencari-cari kerja yang lebih sesuai.

Dari pandangan di atas, lahirlah beberapa kategori penganggur yang dibahagikan seperti berikut:

a. Pengangguran Di Antara Kerja (Frictional unemployment) yang bermaksud mereka yang berhenti suatu kerja dan mencari kerja baru.

b. Pengangguran Kitaran (Cyclical unemployment) yang bermaksud situasi di mana lebih pekerja dari kerja. Penurunan pengeluaran yang dikaitkan dengan penurunan permintaan untuk pekerja, lalu mengakibatkan meningkat tahap pengangguran.

c. Pengangguran Strukturan (Structural unemployment) yang bermaksud masalah pengangguran akibat kurang serasi di antara keperluan majikan dengan kemahiran dan latihan yang diterima oleh pekerja.

Jika dilihat dari sudut teori ekonomi, pengangguran bermakna suatu keadaan apabila bilangan pekerja berlebihan dari apa yang diperlukan oleh industri. Dari segi ekonomi, jika pengangguran di sesuatu negara itu berada di tahap 4% atau kurang, itu di kira sebagai ekonomi negara itu berada dalam keadaan penuh pekerjaan.

Malam ini (22 Mac 2009), Radio 24 menyatakan terdapat 25,000 orang yang telah dibuang kerja hingga ke 19 Mac 2009. Jika dicampurkan dengan penganggur yang dicatatkan dalam perangkaan hujung tahun 2008 (44,400 orang menurut Jabatan Statistik malaysia), jumlah penganggur di negara kita ialah 69,400. Jika kita bergantung kepada teori tersebut di atas, keadaan ini belumlah begitu mencemaskan. Jika kita ambil jumlah warganegara yang berumur 15 ke 64 (17,620,200 dalam 2008), ini bermakna kita belum lagi dalam keadaan pengangguran yang kritikal (3.9%), tetapi trendnya sedang mengarah ke utara. Ianya 3.5% suku tahun ke-2 dan menurun ke 3.1% suku tahun ke-3 dan menaik ke 3.9% (anggaran).

Kita perlu mengambil perhatian kepada isharat ini berlandaskan tsunami ekonomi yang sedang melanda dunia, terutamanya ekonomi-ekonomi besar (seperti Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Cina).

Oleh itu, saya tabit kerajaan kerana bersikap pro-aktif dengan menangani keadaan ini dengan segera, sebelum ia menjadi suatu masalah yang besar. Menteri Kewangan (merangkap Timbalan Perdana Menteri - TPM) telah mencatat sejarah (10 Mac 2009) dengan mengumumkan suatu pelan rangsangan yang terbesar pernah dibuat oleh Malaysia (60 bilion), sehingga pelan itu dinamakan Mini Bajet. Bajet ini akan dibelanjakan dalam tahun 2009 ke 2010.

Ramai pula yang bertanya mengapa sampai ke 2010? Bukankah pada 2010 akan ada pembentangan bajet biasa lagi. Pada lojiknya, mini bajet ini bukannya pembentangan bajet seperti yang biasa dibuat itu - ia adalah pelan rangsangan ekonomi. Oleh itu, sampai masanya untk bajet 2010 pula akan dibuatlah bajet biasa itu. Ia akan menjadi tambahan kepada pelan rangsangan ini. Mengapa perlu meremehkan perkara yang baik ini? Jika ada cadangan yang bernas dan membina, sila ajukan. Jika tidak, biarlah orang yang berwajib menjalankan tugas mereka denga sebaik yang mereka mampu. Kita janganlah mengkritik semata-mata kerana mengkritik, wal-hal tiada apa yang bernas diutarakan. Buatlah sesuatu yang memberi manfaat kepada ummah di saat dunia menghadapi kelembapan ekonomi.

Saya diberitahu oleh seorang sahabat yang beliau baru saja menghadiri suatu rakaman program TV Astro Awani yang sepatutnya membincangkan bagaimana hendak menangani keadaan apabila diberhentikan kerja.

Nanti saya ceritakan dalam blog seterusnya.

Sementara itu, saya ada jumpa satu Public Service Announcement oleh http://MalaysiaHalalMall.com berkenaan pengangguran bertajuk Berhenti Kerja. Pergilah baca, quite interesting.

Jumpa lagi. Wassalam

Sahabat anda

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home