Monday, March 23, 2009

Betulkah Singapura pun terjejas teruk?

Assalamualaikum Sdr & Sdri Penganggur yang dihormati,

Seorang rakan saya memberitahu saya dia baru sahaja menghadiri rakaman program "Perspektif Kita" dalam TV Astro Awani bertajuk "Menangani Pemberhentian Kerja." Seorang ahli panel (tokoh kesatuan sekerja yang terkenal di Malaysia) mengatakan sebabnya Malaysia menjadi begini (pemberhentian kerja beramai-ramai) adalah kerana kerajaan tidak menetapkan kepada pelabur semasa membawa masuk industri-industri ke negara kita. Mereka yang menanam modal di Malaysia memperlekehkan kerajaan kita dengan membawa teknologi yang lapuk. Tambahnya, kita patut mencontohi Singapura. Industri di Singapura semuanya yang termoden. Itulah yang patut dilakukan dari dulu lagi tambah beliau.

Apa yang menghairankan ialah, tidakkah tokoh ini tahu bahawa Singapura juga terjejas teruk akibat kelembapan ekonomi ini? Memetik lapuran Yahoo Finance (Singapore) keluaran Khamis, Februari 26 2009, Singapuralah ekonomi yang pertama sekali dalam Asia yang mengistiharkan negara mereka dalam resesi (pada Oktober 2008), selepas ekonominya menguncup 2 suku berturut-turut. Kerana apa? Yang utama ialah merodomnya industri elektronik mereka dan ditambah pula dengan merodomnya industri farmasi mereka. Ini semua industri yang ultra moden seperti yang dihujahkan oleh tokoh kita. DBS bank menyatakan keadaan adalah "looking gloomier than ever, especially for the export-dependent manufacturing sector." OCBC bank pula menyatakan ekomomi Singapura akan menguncup "to a contraction of 4.8 percent and are tipping an annual drop of 6.1 percent for the first quarter." Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata "the economy could shrink by more than five percent in 2009 if the global downturn worsened."

Kalau begitu Singapura juga terjejas teruk dalam krisis ekonomi ini? Ye bang. Tetapi, apa dah jadi pada industri yang serba moden yang dibawa masuk oleh pelabur ke sana? Mengapa tidak dapat menghindari negara itu dari dilanda oleh tsunami ekonomi ini? Apa pula agaknya nak dihujahkan oleh tokoh kesatuan sekerja itu sekarang? Bagaimana kerajaan kita harus mencontohi industri canggih di Singapura jika mereka juga tidak kebal kepada ancaman krisis ekonomi ini? Begitu ramai pekerja di Singapura telah dibuang kerja. Lapuran Agence France-Presse pada 20 Januari 2009 menganggarkan 200,000 pekerja akan kehilangan pekerjaan pada tahun ini. Bukan sahaja itu, mereka ini adalah pendatang, dan akan berhijrah keluar dari Singapura apabila tiada kerja. Ini akan memburukkan lagi keadaan ekonomi domestik Singapura kerana kekurangan 4% penduduk ini akan bermakna kekurangan kuasa pembeli juga adalah 4%. Nampaknya, sama sahaja kesannya walau pun pelabur yang datang ke Malaysia tidak begitu canggih seperti Singapura. Tetapi saya baru sahaja balik dari Kedah dan terlihat kilang wafer bernama Infineon di Kulim Hi-Tech Park. Nampaknya betul-betul canggih. Siapa bawa masuk pelabur ini?

Mengulangi pesanan saya semalam, sudahkan anda melawat MalaysiaHalalMall.com yang saya nyatakan dalam Blog yang lalu, untuk mendapatkan nasihat berkenaan menganggur? Kalau belum, tunggu apa lagi? Pergilah tengok sekarang. Ada 1,000 peniaga tekno yang hendak dilahirkan oleh mereka dalam perniagaan e-dagang. Ini meniaga barang betul-betul, bukan digital seperti buku atau informasi semata-mata. Saya akan cerita berkenaannya dalam blog seterusnya.

Sementara itu Enjoy.
Wassalam
Sahabat

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home