Thursday, March 26, 2009

SYARAT-SYARAT PINJAMAN TEKUN

Assalamualaikum Sdr Sdri Penganggur

Saya dah terlupa memberi link kepada laman web TEKUN semasa membuat post yang lalu. Jadi saya berilah di sini - lihat di penghujung post ini.

Sementara itu, saya sertakan Syarat-Syarat Pembiayaan TEKUN supaya anda dapat menilai samada inkah yang anda perlukan. Jika ya, pergilah ke laman web TEKUN. Selamat berniaga.


SYARAT SYARAT PEMBIAYAAN
Pembiayaan TEKUN

Konsep Pembiayaan TEKUN
Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah.

Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan adalah dari RM 500.00 sehingga RM 50,000.00.

Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah antara 1 bulan hingga 5 tahun.

Cara Bayaran Balik
Para usahawan / peminjam boleh membuat bayaran balik pinjaman kepada TEKUN menerusi kaedah yang disediakan.

Caj Perkhidmatan
Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 4%.

Syarat Kelayakan Asas
  1. Bumiputera dan berumur 18 - 65 tahun.
  2. Mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  3. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pembiayaan di bawah RM5,000.00 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ] ).
  4. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak ( mobile ).
  5. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan. ( Pembiayaan sehingga RM10,000.00 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan ).
  6. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000.
Dokumen Diperlukan
  1. Borang Permohonan JPP2 yang lengkap diisi.
  2. Gambar pemohon ukuran pasport ( 2 keping).
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  4. Salinan lesen / permit / pendaftaran perniagaan yang sah.
  5. Gambar premis / tempat perniagaan ( jika perlu ).
  6. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  7. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  8. Salinan salah satu bil utiliti bagi premis/ rumah. Salinan perjanjian sewa/ surat kebenaran penyewaan premis ( Sekiranya premis disewa )..

BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT CAWANGAN TEKUN YANG BERDEKATAN DENGAN KEDIAMAN / PREMIS / LOKASI PERNIAGAAN.

Bidang-bidang Perniagaan

Bidang-bidang perniagaan / usaha niaga yang boleh diceburi oleh para usahawan adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan
  • Pelancongan / Rekreasi
  • Pemborongan
  • Pembinaan
  • Penternakan dan Akuakultur
  • Pertanian
  • Pengangkutan
  • Pendidikan
  • Peruncitan & Perdagangan
  • Pembuatan
Halaman ini dipetik dari laman web TEKUN.

Sementara itu, jangan lupa pergi tengok juga apa yang ditawarkan oleh MalaysiaHalalMall.com sedang membangunkan 1,000 usahawan tekno. Yang dicari adalah bakal graduan yang sedang belajar di IPTA dan IPTS dan juga graduan menganggur. Mereka akan memberi latihan dan pekej e-dagang yang sedia dengan produk-produknya sekali untuk dijual melalui projek e-dagang. Check it out.

2 Comments:

At February 1, 2010 at 12:21 AM , Blogger Farra said...

boleh tak saya nak contoh rancangan perniagaan untuk memulakan perniagaan dobi bagi pinjaman mara atau tekun. terima kasih.

 
At February 19, 2010 at 3:04 AM , Blogger tunsri_lanang said...

masalahnya saya takde tempat lagi nak berniaga.. tapi ada la lokasi2 yang saya dah rancang.. bleh dpt ke pinjaman? sebab mcmmana nak start klu takde modal..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home